Monday, November 23, 2009
klamuyumn umm ABSTRAK: Kajian ini bertujuan untuk merumuskan satu definisi konsep perpustakaan digital yang komprehensif menurut pandangan penults dan seterusnya membandingkan dengan pengertian konsep yang difahami oleh pustakawan akademik di Malaysia. Berdasarkan perbandingan konsep tersebut dapat dirumuskan sama ada pustakawan hanya mengetahui konsep perpustakaan digital secara permukaan atau pun menyeluruh. Kajian ini tnenggunakan gabungan dua kaedah iatu pertama, tinjauan kepustakaan dan kedua tinjauan menggunakan temubual sebagai teknik pengumpulan data. Kaedah pertama digunakan untuk melihat definisi konsep perpustakaan digital yang sedia ada supaya menjadi asas pembentukan definisi oleh penults. Kaedah kedua pula digunakan untuk membandingkan definisi penulis dengan definisi seperti yang difahami oleh responden yang terdiri dari ketua pustakawan akademik di Malaysia. Penemuan menunjukkan responden tidak memahami konsep perpustakaan digital secara lengkap (berdasarkan definisi penulis), sebaliknya hanya memahami konsep tersebut berdasarkan tanggapan mereka sahaja. Bagaimanapun, analisis data mendapati responden tidak tersasarjauh kerana definisi mereka mengandungi sekurang-kurangnya satu elemen teras dalam definisi perpustakaan digital yang komprehensif seperti yang ditawarkan oleh penulis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment